Want your
own Fotopage?








 
norzaidi's FotoPage

By: norzaidi daud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Sunday, 6-Jul-2008 10:32 Email | Share | | Bookmark
German

Frankfrut, Germany
 
Pada 13 Jun 2008, saya, isteri dan adik ipar ke German untuk pembentangan kertas kajian di Rothenberg, German. Sebelum ke Rothenberg, kami berkampung di Frankfrut selama 3 hari. Kami menginap di Hotel Quality, dan sememangnya lokasi ini amat sesuai sekali kerana ianya tidak jauh dari Pusat Keretapi. AlhamduLillah, perjalanan kami semuanya berjalan dengan baik, walaupun pada mulanya kapalterbang yang kami naiki mengalami kerosakan di KLIA. Di ibu negara German ini, suasana agak meriah kerana pasukan bola sepak German dikatakan favorite Euro 2008. Boleh dikatakan semua warga German, meraikan kemenangan di setiap simpang jalan termasuk mengibarkan bendera German pada kereta mereka. Suasana begini tidak mungkin kita dapati di negara kita kerana mereka sememangnya fanatic pada bola sepak. Begitulah adanya...

Add comment


Saturday, 24-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
ITEX 2008

Sedang menunggu hakim pertandingan
Booth UiTM
Suasana di ITEX 2008
International Invention, Innovation and Technology (ITEX) 2008 telah diadakan pada 9-11 Mei 2008 yang lalu di KLCC. AlhamduLillah, pada kali ini Universiti Teknologi MARA berjaya mengondol Anugerah Khas Geneve, paling banyak memenangi pingat. Di samping UiTM berjaya membawa pulang 6 anugerah khas dari CIMDB, Hong Kong, Crotia, Germany, dan Taiwan. Tahniah kepada semua pemenang!

visit my blog: http://norzaidi.blogspot.com


Add comment


Saturday, 24-May-2008 04:34 Email | Share | | Bookmark
Buku Yang Telah di Terbitkan dalam 2008

Selection of Research Papers in Social Sciences and Management
IT Management Models: An Introduction
Wakaf Pengurusan dan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Islam
View all 4 photos...
AlhamduLillah, buat masa sekarang telah 4 buah buku saya telah diterbitkan oleh University Publication Centre (UPENA). Buku-buku yang telah diterbitkan ialah:

1. Selection of Papers in Social Science and Management-RM25.00
2. Information Technology (IT) Management Models: An Introduction-RM39.00
3. Wakaf Pengurusan dan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Islam di Malaysia-RM25.00
4. Intranet and Electronic Data Interchange (EDI) Usage in Malaysia Port Industry-RM 18.00

Untuk tempahan sila hubungi: h/p: 012-686 0035 atau zaidiuitm2000@yahoo.com

keterangan lanjut sila lawati blog: http://norzaidi.blogspot.com


Add comment


Saturday, 22-Mar-2008 03:47 Email | Share | | Bookmark
Inventions, Innovation and Designs (IID) 2008

Penerimaan pingat emas
Intan juga dapat pingat emas
IID telah selamat berlangsung di mana 345 produk dipertandingkan pada 23-25 Mac 2008. Dalam sejarah UiTM, tahun ini merupakan tahun terbanyak IID menerima penyertaan sebegini. Dari 345 produk yang dipertandingkan hanya 84% yang memenangi pingat. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan IID 2008. Tahniah juga kepada Institute of Research, Development & Commercialization (IRDC) dan rakan-rakan yang membantu.

visit my blog: http://norzaidi.blogspot.com

Add comment


Sunday, 16-Mar-2008 04:12 Email | Share | | Bookmark
Masuk konti U-FM

Bersama DJ dan Krew U-FM
Mencari ketenangan sebelum wawancara bermula
Tarikh ini merupakan sejarah bagi saya kerana ini merupakan pertama kali masuk ke konti radio U-FM. Kebetulan saya Ketua Biro Promosi bagi Inventions, Innovation and Designs (IID) 2008, maka adalah wajar untuk mempromosikan acara ini kepada masyarakat umum dan warga UiTM sendiri. Dalam masa satu jam saya menceritakan maksud pertandingan rekacipta, aturcara serta pengalaman sewaktu bertandingan di pertandingan rekacipta di luar negara. Terima kasih kepada UFM kerana menjemput saya bagi menerangkan IID 2008.

visit my blog: http://norzaidi.blogspot.com

Add comment


Sunday, 9-Sep-2007 01:14 Email | Share | | Bookmark
Pingat Pertandingan Rekacipta dan Inovasi

Pingat di INPEX, USA 2007
AlhamduLillah, segala pujian bagi Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dan isteri telah berjaya memenangi beberapa pingat di pertandingan rekacipta dan inovasi di peringkat universiti (IID), kebangsaan (MTE, IPTA R&D, AIPB-finalist), dan antarabangsa (ITEX, Malaysia; Pittsburgh, USA; Seoul, Korea). Diharapkan tahun 2008 akan membawa kejayaan kepada kami berdua, InsyaAllah.

visit my blog: http://norzaidi.blogspot.com




Add comment


Wednesday, 5-Sep-2007 00:23 Email | Share | | Bookmark
Publishing articles in International Refereed Journal Seminar

Intan juga menerima cenderamata
Saya dan isteri dijemput sebagai penceramah untuk penerbitan jurnal antarabangsa dan pertandingan rekacipta dan inovasi di UiTM Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Puan Rafidah Kamaruddin kerana menjemput kami bagi menerangkan bagaimana untuk menerbitkan kertas kajian di Jurnal Antarabangsa. Kami berdua membawa beberapa poster pameran rekacipta dan inovasi Geneve, Pittsburgh, Seoul dan Malaysia Technology Exposition (MTE) 2007. Disamping itu kami juga mempamerkan pingat-pingat yang dimenangi serta contoh kertas kajian kami yang telah diterbitkan di dalam Jurnal Antarabangsa.


Pemberian cenderamata oleh Ketua Program Pra-Sains, UiTM NS

rumah saya dekat2 situ je cik..datang pilah jomput2 la datang rumah saya gak.. Fri 5-Oct-2007 05:27
Posted by:apeng  - [Link]
Add comment


Monday, 27-Aug-2007 00:52 Email | Share | | Bookmark
Penyerahan dan pembentangan kertas kerja IRPA di JPM

Uztaz Dr. Ahmad Zaki menandatangai buku pelawat
Saya dan Ustaz Dr. Ahmad Zaki Abdul Latif menyerah dan membentang laporan IPRA kepada Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji di Putrajaya. Ketua Pengarah JWZH diwakili oleh Pengarah Haji, JWZH turut hadir di dalam upacara ini. Pembentangan berlangsung selama 40 minit di depan pegawai-pegawai JWZH. Kami bagi pihak penyelidik IRPA mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh JWZH. Diharapkan dengan kajian yang dilakukan akan dapat mempertabatkan kegiatan wakaf bagi menjana kemajuan pendidikan umat Islam di Malaysia.


Bersama pegawai-pegawai JWZH, Jabatan Perdana Menteri

Add comment


Friday, 10-Aug-2007 00:06 Email | Share | | Bookmark
PECIPTA 2007 KLCC Kuala Lumpur Malaysia

Penerangan kepada hakim yang bijaksana
Bersama rakan sepejuangan
Booth pameran
Saya dan isteri sekali lagi mengikuti pertandingan rekacipta dan inovasi yang dianjurkan dua kali setahun oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Sains Malaysia. Boleh dikatakan semua IPTA dan IPTS bertanding di PECIPTA 2007. UiTM menghantar sebanyak 62 produk untuk dipertandingkan manakala 3 produk untuk pameran di Geleri Utama. PECIPTA 2007 telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha yang diiringi oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Datuk Prof. Dr. Hassan.


PECIPTA 2007, Kuala Lumpur, Malaysia

Add comment


Thursday, 5-Jul-2007 16:37 Email | Share | | Bookmark
Tokoh Penyelidik Contoh 2007

AlhamduLillah kepada Allah Subhanahuta'ala kerana saya telah dipilih sebagai Tokoh Penyelidik Contoh 2007 sempena CSSR 2006/2007 yang berlangsung di Sunway Spa and Resort yang bermula pada 3-5 Julai 2007. Upacara disempurnakan oleh Prof. Azni Zain Ahmed, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan). Saya dan Intan juga dapat bertemu dengan rakan-rakan penyelidik terutamanya dari UiTM Johor. Hadiah berbentuk plague, sijil penghargaan dan cek geran penyelidikan sebanyak RM5,000. Terima kasih di atas sokongan terutamanya isteri tersayang Intan, Prof. Azni, Shamsuddin, Prof. Norma, Prof. Faridah, Kak Zah, rakan-rakan IRDC, UiTM Johor, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Perakaunan.


Bersama cek gajah


Bergambar bersama Prof. Dr. Azni Zain Ahmed (Penolong Naib Canselor-Penyelidikan)


Pemenang lain

Congrats....darling............. Fri 6-Jul-2007 11:32
Posted by:intan  - [Link]
congrate Dr Norzaidi..keep good job. Fri 29-Feb-2008 05:13
Posted by:syai
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com